Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua mendapat berkat di bulan yang mulia ini. Hari ni aku nak story sikit pasal rukun Islam ke-4, Zakat.
Zakat merupakan rukan Islam ke-4. Dah sah-sah namanya rukun Islam kalau tak buat tak lengkap la ISlam kita. Tapi aku pelik ada juga umat Islam yang terlupa nak bayar zakat fitrah. Ada jugak yang bagi alasan tak sempat. Hello….sebulan ye tak kan tak sempat kot. Amil-amil yang kutip zakat fitrah ni pun dah berlambak-lambak. Kalau pun tak sempat sangat masa shopping raya kat mall pun amil ni ada. Boleh bayar time tu.
Sekadar informasi, di Malaysia zakat fitrah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan harga beras. Kadarnya pun berbeza-beza mengikut negeri. Tahun ni kadar zakat fitrah adalah antara RM 5.00 dan RM 8.00 mengikut negeri. Kat bawah ni aku ada bagi sikit info berkenaan kadar zakat fitrah. So kepada sesape yang belum bayar zakat fitrah ni sila-silalah tunaikannya. Setidak-tidaknya 4 rukun Islam telah kita tunaikan (jika mengucap,sembahyang & puasa tu kita laksanakan lah) dan berdoalah agar rukun Islam yang ke-5 (mengerjakan Haji) dapat kita tunaikan.


0 ulasan:
Catat Ulasan